30/03/2015:Perintah Berkurung Dilanjut Hingga 15 April

Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) bagi fasa ke-16 yang berakhir HARI INI, dilanjut mulai ESOK hingga 15 April.

Pelaksanaan bagi fasa ke-17 itu bermula dari pukul 7 malam hingga 5 pagi melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, berkata ia dilanjut untuk menjamin tahap keselamatan pengguna perairan serta penduduk di kawasan daratan ESSZone termasuk pelancong.

Arahan itu juga memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan segala pergerakan bot penceroboh serta jenayah rentas sempadan, aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api terkawal.

Perintah berkurung di ESSZone dilaksana sejak 19 Julai tahun lalu.

 
Ends/alizaali/Bernama.
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s