30/03/2015:Regatta Lepa Bermula 24 Hingga 26 April

Orang ramai termasuk pelancong tidak perlu bimbang tentang tahap keselamatan di Semporna sepanjang berlangsungnya Regatta Lepa bermula 24 hingga 26 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna, Dr. Haji Chacho Haji Bulah berkata keyakinan itu berdasarkan jaminan pihak polis yang memberi keutamaan terhadap tahap keselamatan di daerah berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Kunjungan bertujuan mengundang Tun Haji Juhar untuk merasmikan Regatta Lepa Kali Ke-22 di Semporna.

Terdahulu, Tun Haji Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Kunjungan bertujuan mengundang Tun Haji Juhar untuk merasmikan Persidangan DUN Sabah, 9 April ini.

Ends/alizaali/sahira/esna/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s