31/03/2015:PZS Serah Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Tawau

Enam puluh sembilan keluarga mangsa kebakaran di kampung Sentosa, Hill Top Tawau menerima bantuan berupa wang tunai dari Pusat Zakat Sabah.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan bebanan semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

Katanya, pemberian bantuan itu menjadi satu lagi bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, terutamanya mereka yang ditimpa musibah.

Beliau juga berharap, lebih ramai pihak tertentu tampil untuk menghulurkan pelbagai bantuan.

Dalam kebakaran kira-kira pukul 3 petang, 9 Mac lepas itu, 58 buah rumah musnah dijilat api.

 
Rtka/Rtka (artika/bernama)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s