01/04/2015:ESSCOM Sentiasa Patuh Lunas Undang-Undang Sedia Ada

Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa mematuhi lunas undang-undang sedia ada dalam setiap operasi penguatkuasaan memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komandernya, Datuk Abd Rashid Harun berkata, tanggapan segelintir pihak yang mengambarkan seolah-olah ESSCOM menggunakan kekerasan dan bertindak keterlaluan adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya ESSCOM sentiasa menghormati hak asasi manusia termasuk yang termaktub dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menegaskan demikian selepas perhimpunan Khas sempena Ulangtahun ke-dua penubuhan ESSCOM di Lahad Datu.

Mengenai operasi bersepadu membersihkan ESSZONE daripada PATI, Datuk Abd. Rashid berkata, setakat 28 Februari lepas, seramai 6-ribu 82 orang diperiksa di empat daerah iaitu Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Daripada jumlah itu, 1-ribu 269 orang ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Donny (Tamring/Twu)
                                                      Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s