01/04/2015:Mangsa Kebakaran Di Kampung Bangau-Bangau Disaran Sentiasa Patuhi Arahan Dan Peraturan Pihak Berkuasa

Semua mangsa kebakaran di Kampung Bangau-bangau, Semporna diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan pihak berkuasa sepanjang tinggal di khemah penempatan di kawasan tersebut.

Mereka juga diingatkan supaya menjaga kebersihan kawasan khemah, tidak membuat penyambungan elektrik ke dalam khemah dan tidak memasak di dalam khemah.

Ingatan itu disuarakan Wakil rakyat Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran selepas menyerahkan 104 buah khemah sementara kepada ketua-ketua Isi Rumah mangsa kebakaran di perkampungan itu.

Beliau turut meminta mangsa kebakaran bersabar kerana Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri MOhd. Shafie Apdal sedang berusaha menambah 115 buah lagi khemah dalam masa terdekat.

Datuk Seri Nasir juga berkata, mangsa-mangsa kebakaran tidak perlu gusar kerana penempatan itu hanya bersifat sementara sehingga kerajaan menyediakan rumah kepada semua mangsa yang terlibat.

Donny (Stat/Donny)
                                                   Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s