01/04/2015:Pantau Kawasan Masing-Masing Sepanjang Musim Kemarau

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman meminta semua Jawatankuasa Bencana daerah dan pemimpin masyarakat supaya memantau kawasan mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim kemarau ini.

Selain itu, semua jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga diingatkan supaya berwaspada dan bersedia dengan masalah kemarau yang berkaitan seperti kebakaran dan bekalan air berkurangan.

Bercakap dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, Datuk Musa turut menggesa orang ramai mengelakkan pembakaran terbuka dan  aktiviti-aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran termasuk kebakaran hutan.

Dalam masa sama, orang ramai juga perlu mengurangkan aktiviti luar mereka sepanjang musim panas dan kering ini bagi mengelakkan masalah kesihatan.

Donny (Stat/Donny)
                                                     Sheryl

(17)/Ends/Donny (Stat/Donny)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s