05/04/2015:Nahas Helikopter,Allahyarham Koperal Razkan Seran Akan Dikebumikan Di Kampung Halaman Di Tuaran

Merupakan anak harapan keluarga, disenangi ramai dan sempat berpesan kepada abang sepupunya untuk mengutip derma bagi menjalankan aktiviti bagi kanak-kanak di Kampung Saradan Laut, Tengghilan menjalankan aktiviti pertandingan seperti nyanyian nasyid sempena raya tahun ini, arwah Razkan Seran, 31-tahun yang terkorban dalam nahas helikopter kelmarin, adalah wira bagi keluarganya serta ikon bagi penduduk Kampung Saradan Laut, Tengghilan.

Kru berita RTM yang berada sejak pagi di kediaman arwah yang juga merupakan seorang anak yatim apabila kehilangan ayahnya semenjak berusia 10-tahun hanya dibesarkan oleh ibunya, sempat bertemu dengan ibu, adik perempuan, makcik serta abang sepupunya yang bercerita dengan arwah sebelum kejadian malang itu.

Ibu arwah, Subarah Jili yang berusia 69-tahun, kurang berfasih bahasa Melayu teramat sebak ketika ditemui. Beliau yang sempat bercerita mengenai anak manjanya itu memberitahu, beliau akan amat merindui kasih sayang serta kemanjaan arwah yang suka baring di atas ribanya setiap kali kembali ke halaman kampung.

Tambahnya, sungguhpun beliau sudah berkeluarga dan mempunyai sepasang anak yang berusia 6 dan setahun setengah, arwah sememangnya seorang anak yang baik dan disenangi ramai. Arwah merupakan anak ke-4 daripada 5-orang adik-beradik. 

Ibu arwah turut memberitahu, merasa tidak senang hati sejak beberapa menjak sebelum kejadian malang itu. Kali terakhir arwah balik ke kampung halamannya adalah pada Disember 2014. 

Adik perempuan arwah, Hamisah Seran, 22-tahun ketika ditemui turut memberitahu abangnya itu merupakan seorang yang tegas dan perahsia dalam kerjanya. Beliau juga akan membuat panggilan bertanyakan khabar setiap kali berkesempatan. 

Hamisah memberitahu, mereka hanya mengetahui perkara itu selepas mendapat panggilan daripada majikan arwah pada sekitar jam 8.30-malam tadi.

Sementara itu, abang sepupu arwah, Rusman Podiman, 33-tahun, seorang guru berkongsi cerita serta pengalaman dan memberitahu arwah juga merupakan rakan sepermainan sejak kecil dan sempat bercakap dengan arwah sebelum kejadian malang itu. 

Arwah Razkan, mula bertugas sebagai pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis lebih setahun lalu dan turut memberitahu beliau merupakan seorang pemimpin yang tegas dan baik. 

ends/oli/ag/cvr 
                                                    Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s