06/04/2015:Ketua Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Razkan

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mewakili Kerajaan Negeri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Razkan Seran yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, SABTU LALU.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan pesanan Ketua Menteri itu, ketika ditemui Pemberita RTM dalam upacara pengebumian Allahyarham Razkan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Damit, Tuaran, TENGAH MALAM TADI.

Sambil memuji arwah sebagai seorang anggota polis yang berdedikasi sepanjang 10-tahun perkhidmatannya, Datuk Hajiji berharap keluarga arwah sabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Allahyarham Razkan merupakan pengawal peribadi kepada Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis yang turut terkorban dalam tragedi itu.

Dianggarkan 300-orang menghadiri Majlis pengebumian Allahyarham Razkan. Turut hadir, Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Jame Alip, Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Abdul Fuad Abdul Malek, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

 
Ends/alizaali/oli/ag/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s