06/04/2015:Muhd Firdaus Menang Kategori Starboard Phantom 2015

Kejohanan Edisi Ke-5 Hari Terbuka Regatta TLDM 2015 yang berakhir SEMALAM, menyaksikan Muhd Firdaus Abd Hamid dari Persatuan Pelayaran Sabah memenangi Kategori Starboard Phantom 295 & Windsurf, diikuti Chia Tshen Yeaw dan Abidin Aliakbar dari Kinabalu Yatch Club di tempat kedua dan ketiga.

Bagi Kategori International 470 Open, tempat pertama dimenangi Aesan Hassim dari Navy Yatch Club Kota Kinabalu diikuti tempat kedua, N. Gerard dan ketiga, Muhammad Rosmaidi Zul, masing-masing dari Kinabalu Yatch Club dan Persatuan Pelayaran TLDM.

Kategori International 420 Open pula dimenangi Kelab Saila menerusi pelayarnya, Zaifah Zairie Haidy, manakala Nurul Shafiqa Muhd Samsuri dari Navy Yatch Club Kota Kinabalu di tempat kedua.

Kejohanan tersebut yang mempertandingkan 10-kategori turut menyaksikan Kelab Saila mengungguli Kategori Optimist Overall menerusi Syahzharoul Aiman Rozaiman, diikuti Muhammad Afiq Irsyad Adam dan Gabrielle Marygrace Yong Poquita. Kelab Saila turut mendominasi Kategori Optimist Novice menerusi Veno Kualah dan Mohammad Afzan Amir Harun di tempat pertama dan kedua.

Seramai 60-peserta terlibat dalam kejohanan itu di Pusat Kecemerlangan Perahu Layar, TLDM Sepanggar.

Ends/alizaali/wanie/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s