06/04/2015:Pengurusan Projek Pencegahan Banjir Di Sabah Adalah Baik

Pengurusan projek pencegahan banjir di Sabah adalah baik dengan 17 atau 85-peratus daripada 20-projek siap dilaksanakan antara tahun 2011 hingga 2013. Demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara.

Semakan Audit terhadap Laporan Senarai Kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Laporan Kewangan setakat November 2014 mendapati 17 daripada 20 projek berkenaan siap sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan. Tiga projek lagi masih dalam pembinaan dengan 85-peratus hingga 99-peratus siap.

Laporan itu turut menyebut, setakat bulan November 2014, sejumlah RM90.07 juta atau 97.32 peratus daripada RM92.55 juta telah dibelanjakan. Semakan lanjut mendapati dua daripada enam projek dalam pembinaan telah lewat daripada tempoh ditetapkan dengan lanjutan masa antara tiga hingga 24-bulan.

Turut dinyatakan, enam daripada 14-projek yang dilawati didapati diselenggara secara berkala, manakala empat lagi diselenggara secara sementara.

Justeru, Audit berpendapat beberapa perkara perlu untuk penambahbaikan oleh JPS Sabah terhadap pengurusan projek pencegahan banjir seperti kelulusan projek mencegah banjir yang hanya 24.1-peratus atau 20 daripada 83-projek yang dipohon.

Ends/alizaali/Bernama.
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s