06/04/2015:Perkembangan Perbicaraan Kes Pencerobohan Lahad Datu

Perkembangan perbicaraan kes pencerobohan Lahad Datu, dua tahun lepas. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu HARI INI diberitahu tentang butiran perbualan melalui pintasan komunikasi yang dilakukan Unit Pintasan Komunikasi, Bahagian Cawangan Khas (SB) Bukit Aman pada 19 hingga 22 Mac 2013.

Saksi ke-89, Pegawai Penyelia Unit tersebut, ASP Muhammad Fauzairi Jaidi berkata pintasan itu melibatkan suspek bernama Norhaidah Ibnahi yang dipercayai terbabit insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Katanya, pada 9.47-minit pagi 21 Mac 2013, suspek ada menerima panggilan daripada seorang ‘Wanita Sabah’, memaklumkan terdapat tangkapan dilakukan pasukan keselamatan Negara.

Sejam kemudian, suspek menerima panggilan daripada Datu Amir Bahar yang mahu beliau menghubungi Julham Rasid. Suspek kemudiannya menghubungi ‘Wanita Sabah’ dan menanyakan kedudukan Julham Rasid sebelum diberi peringatan agar berhati-hati.

ASP Muhammad Fauzairi Jaidi berkata demikian ketika diminta menjelaskan kandungan dokumen hasil pintasan komunikasi dalam Bahasa Suluk oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung berlangsung di Kompleks Jabatan Penjara Kota Kinabalu.

Ends/alizaali/Rita/Wn
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s