06/04/2015:Polis Tumpaskan Operasi Pengedaran Dadah Secara ‘Mobile On Call’.

Polis berjaya mematahkan operasi pengedaran dadah secara panggilan bergerak atau Mobile On Call dengan penangkapan seorang lelaki tempatan.

Tangkapan itu juga pertama kali melibatkan rampasan empat jenis dadah di Luyang dan Taman Antarabangsa, Likas.

Modus operandi suspek berusia 42-tahun yang bekerja sebagai seorang jurujual itu dipercayai menerima bekalan dadah tersebut melalui kiriman kurier dari Semenanjung.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah, Superintenden Abdul Rahim Dolmat dalam sidang media di Kota Kinabalu, memberitahu, dadah tersebut dipercayai diedar sekitar Kota Kinabalu dan Penampang serta di pusat-pusat hiburan.

Katanya, ketika ditahan, suspek juga di bawah pengaruh dadah selepas gagal ujian kencing dan mempunyai rekod jenayah sama tiga tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam sidang media sama, Superintenden Abdul Rahim turut memaklumkan setakat ini pihaknya berjaya menahan 220-pengedar dadah, 668-orang memiliki dadah dan 3-ribu 336-orang gagal ujian kencing.

Ends/alizaali/oli/aj/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s