06/04/2015:Universiti Terbuka Indonesia Buka Perkhidmatan Di Sabah Dan Sarawak

Universiti Terbuka Indonesia HARI INI membuka perkhidmatannya secara rasmi di Wilayah Sabah dan Sarawak.

Menurut Duta Besar Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur, Herman Prayitno, usaha itu bertujuan meningkatkan tahap pendidikan warga pendidik di Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di Sabah dan Sarawak.

CLC merupakan pusat yang memberi khidmat pendidikan kepada anak-anak pekerja warga Indonesia khususnya di Sabah.

Dengan penawaran sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) menerusi pemberian biasiswa kepada sukarelawan pendidik itu, beliau berharap rakyat Indonesia di Malaysia dapat menjangkau pendidikan ke tahap lebih tinggi, seterusnya menjamin masa depan lebih baik.

Herman bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pembukaan Perkhidmatan Universiti Terbuka Indonesia, Wilayah Sabah dan Sarawak di Dewan Budaya, Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu. Hadir sama, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sabah, Akhmad Daya Handasah Irfan dan Rektor Universiti Terbuka Indonesia, Profesor Insinyur Tian Belawati.

Sebagai permulaan, 76-warga pendidik CLC di Sabah diterima sebagai mahasiswa Tahap 1 bagi Tahun 2015.

Ends/alizaali/MFJA/Tam/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s