08/04/2015:Capai Sifar Thalasemia Di Sabah Menjelang 2030

Usaha memberi kesedaran mengenai penyakit Thalasemia akan terus dilaksana bagi membantu mencapai misi sifar Thalasemia di negeri ini menjelang tahun 2030. 

Menurut Presiden Persatuan Thalasemia Sabah, Francis Mujim, Sabah merekodkan jumlah penghidap penyakit Thalasemia tertinggi di negara ini dan di Kota Kinabalu, seramai 2-ribu 142 penghidap penyakit berkenaan berusia dari 3-bulan hingga 45-tahun direkodkan setakat ini.

Beliau memberitahu RTM selepas mengetuai rombongan persatuan tersebut melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Kunjungan itu bagi memaklumkan mengenai aktiviti persatuan sepanjang tahun ini, selain menyampaikan hasrat melantik Tun Juhar sebagai penaung persatuan berkenaan.

Sementara itu,  Tun Juhar juga turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pejabat Konsulat Jepun ke Sabah yang baru dilantik, Shinji Urabayashi yang menggantikan Hirofumi Morikawa.

Ends/oli/ms/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s