08/04/2015:Perkembangan Perbicaraan Pencerobohan Lahad Datu

Perkembangan perbicaraan pencerobohan Lahad Datu, dua tahun lepas.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini diberitahu, produk pintasan komunikasi ketika Ops Sulu dan Ops Daulat adalah berbeza dan turut diklasifikasikan dalam seksyen berlainan.

Saksi ke-89, Pegawai Penyelia Unit Pemintasan Komunikasi Cawangan Khas Bukit Aman, ASP Muhammad Fauzairi Jaidin berkata, beliau hanya ditugaskan untuk memproses produk pintasan komunikasi bagi Ops Sulu dan produk itu telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 2C, Akta Rahsia Rasmi pada 30 Disember 2014.

Menurutnya, produk pintasan komunikasi yang diproses adalah bermula dari 16 Februari hingga 25 Februari 2013, iaitu sebelum bermulanya Ops Daulat.

Saksi menyatakan demikian ketika diminta melakukan pengecaman ke atas produk pintasan komunikasi suspek Salib Akhmad Emali, ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Datuk N. Sivanathan.

Perbicaraan dilakukan dihadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah.

Ends/mun/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s