08/04/2015:SEC Komited Bangunkan Pelbagai Sumber Tenaga Di Sabah

Sabah Energy Corperation (SEC) komited membangunkan pelbagai sumber tenaga di negeri ini sebagai sumber tenaga alternatif pada masa depan.

Pengerusinya, Dato’ Harun Ismail memberitahu, usaha itu termasuk kajian dan penyelidikan melibatkan tenaga hijau mesra alam seperti tenaga solar dan angin tanpa meminggirkan aspek penjagaan serta pemeliharaan alam sekitar.

Dato’ Harun ditemui RTM sempena Penyampaian Dividen SEC bernilai 7.5-juta ringgit kepada kerajaan negeri yang disampaikan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman di Kota Kinabalu.

Tahun lalu, SEC yang merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memperoleh pendapatan sebelum cukai sebanyak 120-juta ringgit iaitu jumlah tertinggi pernah dicatatkan agensi tersebut .

Terdahulu, Datuk Musa turut menghadiri taklimat oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Pengerusi SEDCO, Dato’ Sri Nasir Tun Sakaran.

Ends/Farizie/MFJA/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s