08/04/2015:Titik Berat Keperluan OKU Dan Warga Emas

Pihak yang terbabit dalam perancangan pelan serta pembinaan bangunan di negeri ini digesa supaya menitikberatkan keperluan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid dalam kenyataan di Kota Kinabalu berkata, setiap pembinaan dan rekaan bangunan haruslah mesra OKU dan warga emas bagi memudahkan mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan, selain memudahkan mereka berurusan.

Ini termasuk mengambil kira penyediaan laluan kerusi roda dan lif yang mudah diakses oleh golongan itu bagi memastikan keselamatan lebih terjamin .

Selain itu, Datuk Jainab juga mahu Jabatan Tenaga Kerja Sabah membuka lebih banyak peluang untuk warga emas yang masih produktif dalam bidang masing-masing. Ini bagi memastikan mereka dapat terus menyumbang khidmat bakti serta pengalaman yang ada.

Ends/ber/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s