20/04/2015:Generasi Muda Diajak Hayati Rukun Negara

Generasi muda masa kini banyak terdedah kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.

Bimbang akan kesannya terhadap golongan pelapis kepimpinan negara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid mengajak seluruh lapisan rakyat terutama generasi muda untuk menghayati dan mengamalkan kelima-lima prinsip Rukun Negara.

Tegasnya, penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara dapat membentuk perwatakan positif dan memperkasa semangat patriotisme, seterusnya mempertingkat perpaduan dan integrasi nasional.

Beliau berucap merasmikan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Negeri Sabah di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu.

Dalam pertandingan itu, SMK Sook Keningau muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai dua ribu ringgit, piala dan sijil. Sekolah itu turut memenangi Anugerah Pruf Terbaik. Naib Johan disandang SMK Beaufort, manakala tempat ketiga dimenangi SMK Kinabutan Tawau.

Hadiah kepada pemenang merupakan sumbangan Exco Penerangan Negeri, Datuk Sapawi Haji Ahmad.

Ends/alizaali/Juliana/AY/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s