20/04/2015:J-PAM Sabah Tewaskan Media Mix Dalam Aksi Persahabatan Bola Sepak

Pasukan Bola Sepak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (J-Pam) Sabah berjaya menewaskan Media Mix (MM) Team 4-2 dalam satu aksi persahabatan di Padang Sekolah Menengah (SM) La Salle, Kota KInabalu.

Pasukan MM yang dibarisi hampir 80-peratus pengamal media dan selebihnya artis-artis tempatan Sabah, gagal menyaingi pasukan JPAM pada separuh masa pertama apbila JPAM berjaya mendahului 3-0 sebelum babak bersambung di separuh masa kedua.

Bermula babak kedua, MM Team melakukan beberapa perubahan dengan membawa masuk bekas ‘orang besi’ Sabah Rhinos, Jelius Ating dan penyanyi yang popular dengan Lagu ‘Macam Di KK’, Janrywine J Lusin.

Serangan demi serangan yang dilakukan Pasukan MM, namun masih gagal menemui jaringan sehinggalah pasukan JPAM menghukum kelalaian barisan pertahanan MM Team apabila memperoleh gol keempat.

Walaupun ketinggalan 0-4, MM Team tidak patah semangat. Kemasukan Naib Juara Akademi Fantasia 5, Ebi Kornelis kemudiannya berjaya mengubah rentak permainan pasukan MM.

Kesungguhan pemain MM Team akhirnya membuahkan hasil selepas Janrywine meledak dua gol termasuk satu gol cantik menerusi cubaan dari luar kotak penalti JPAM. Kedudukan 4-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Ends/alizaali/ear/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s