20/04/2015:Pesta Sabah Bakal Tonjol Kepelbagaian Budaya Suku Kaum Di Sabah

Penganjuran Pesta Sabah yang menonjolkan kepelbagaian budaya suku kaum di negeri ini, diteruskan lagi dengan pemilihan ‘Agop’ sebagai tema tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Agop merupakan nama yang cukup sinonim dengan masyarakat Pantai Timur Sabah yang sering dikaitkan dengan cerita lagenda berkaitan gua.

Datuk Masidi ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Kunjungan itu bertujuan mengundang Yang DiPertua Negeri untuk merasmikan Pesta Sabah 2015 di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, Kota Kinabalu, pukul 8-malam, 2 Mei depan.

Lebih seribu orang dijangka hadir memeriahkan Pesta Sabah yang akan berlangsung tiga hari bermula 1 Mei.

Ends/alizaali/sahira/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s