22/04/2015:Dua Lelaki Cedera Diserang Rakan Sekerja

Dua lelaki pekerja ladang cedera selepas diserang rakan sekerja yang mengamuk di Ladang Segar Usaha, Kinabatangan, semalam.

Mangsa berusia 36 tahun, mengalami cedera parah di belakang badan akibat ditetak dengan sebilah parang, manakala rakannya, 42 tahun, cedera di rusuk kiri akibat ditumbuk.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden A. Sahak Rahmat berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi di kawasan perumahan pekerja di ladang itu, apabila seorang lelaki berusia 27 tahun tiba-tiba mengamuk dan menyerang mangsa pertama yang sedang menunggang motosikal untuk balik ke rumah.

Lelaki itu kemudian terserempak dangan mangsa kedua yang dalam perjalanan balik dari pejabat ladang lalu menetaknya di bahagian belakang badan.

Superintenden A. Sahak dalam kenyataannya menyatakan, suspek telah cuba melarikan diri dengan memandu lori milik ladang, bagaimanapun telah melanggar sebuah motosikal dan kemudian berjaya ditangkap oleh orang awam.

Polis turut memperoleh sebilah parang yang diserahkan oleh orang awam. Punca lelaki berkenaan tiba-tiba mengamuk masih dalam siasatan.
Ends/ber/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s