22/04/2015:MARDI Lancar Orkid Hibrid Baharu

Institut  Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan melancarkan orkid hibrid baharu atas nama Yang Dipertua Negeri, Tun Dr.Haji Juhar Haji Mahiruddin pada 30 September INI, di MARDI, Kota Kinabalu.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Dr.Sharif Haron berkata, orkid yang dilancarkan sempena ulang tahun Yang Dipertua Negeri itu adalah sangat unik kerana ia kacukan orkid liar dari Filipina dan Thailand.

Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan kunjungan terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr.Juhar di  Istana Negeri Kota Kinabalu bagi memaklumkan pelancaran orkid berkenaan.

Dalam perkembangan lain, MARDI akan terus memberi tumpuan dalam pembangunan produk baharu termasuk meningkatkan kepakaran dalam bidang tanaman padi di Kota Belud, selain melahirkan lebih ramai usahawan.

Setakat ini, MARDI telah melatih seramai 10-ribu usahawan produk makanan di negeri ini.

Ends/Jane/Hs/Cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s