22/04/2015:Pemilihan Atlet Memanah Berlangsung Di Kompleks Sukan Kota Kinabalu Likas

Pemilihan atlet memanah bagi mewakili Sabah ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Kebangsaan di Perak, Jun INI, kini berlangsung di Padang Memanah, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas.

Kejohanan Memanah MSS Sabah selama 5 hari itu melibatkan 95 peserta terdiri 45 atlet lelaki dan 50 wanita mewakili Bahagian Barat, Pedalaman, Selatan, Tenggara dan Sandakan.

Menurut Pegawai Teknikal Sukan, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Sabah, Pengiran Haji Johari Pengiran Haji Ahmad, tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori 12 tahun, 15 tahun serta 18 tahun bagiĀ  lelaki dan wanita.

Beliau ditemui RTM di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas.

Kejohanan bermula kelmarin itu melibatkan jarak 70 meter bagi kategori 18 tahun, 60 meter bagi kategori 15 tahun dan 30 meter bagi kategori 12 tahun.

Ends/salma/ida/asmat/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s