22/04/2015:Projek Naiktaraf Lapangan Terbang Lahad Datu Berupaya Tingkat Sosio Ekonomi Masyarakat Setempat

Projek menaik taraf dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu berupaya meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat dengan penambahan jumlah kedatangan pelancong ke daerah itu.

Anggota Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur berkata, apabila siap kelak, lapangan terbang itu mampu menampung pesawat berkeupayaan tinggi yang membawa lebih ramai penumpang mendarat.

Beliau memberitahu pemberita Bernama ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11 Persatuan Nelayan Lahad Datu di Lahad Datu.

Menurut Datuk Nasrun, ketika ini hanya pesawat ringan yang dikendalikan MASWings beroperasi lima kali sehari membawa 70 penumpang dalam setiap penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Projek naik taraf landasan dari 1.3 kilometer kepada 1.8 kilometer dengan peruntukkan 50-juta ringgit itu kini dalam proses pengurusan dan rundingan antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan.
Ends/ber/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s