27/4/2015:4 Lelaki Tempatan Di Tahan Kerana Miliki Bakakuk

Polis menahan 4 lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 50 tahun yang terdiri dari penjawat awam dan petani kerana memiliki senjata api jenis bakakuk.                     
                                              
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Taong dalam sidang media di pejabatnya berkata, kesemua mereka ditahan pagi kelmarin, di salah sebuah kampung di Keningau.                       

Turut dirampas, 4 laras senapang jenis bakakuk, 23 butir peluru pelbagai jenis dan sebilah parang yang ditemui di dalam kereta kepunyaan salah seorang suspek.                                           
Kesemua mereka kini ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Senjata 1960. Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.                

Dalam pada itu, DSP Douglas memaklumkan, seorang lelaki warga asing berumur 23 tahun telah ditangkap kerana memiliki 11 paket dadah jenis syabu dengan anggaran berat 6.25-gram di Keningau.

Suspek itu juga didapati positif dadah dan kini disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

End/loy/Cov/Rina
                                                    Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s