27/4/2015:Kerajaan Cadang Laksana E-Sisvot

Kerajaan Negeri merancang melaksanakan Sistem Pengurusan Baucar Bersepadu online (e-sisvot) dan Sistem Pengeluaran Lesen Perniagaan (e-lesen) pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh berkata, pelaksanaan kedua-dua sistem berkenaan mampu meningkatkan sistem penyampaian kerajaan supaya menjadi lebih berkesan, menjimatkan kos pengurusan serta menjana kutipan hasil negeri lebih baik.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Seminar ICT, di Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu.

Empat kertas kerja dibentangkan pada seminar itu bertemakan ‘Kerajaan Pintar Teras Kesejahteraan Perkhidmatan Awam’ yang dihadiri peserta dari seluruh negeri.

Menurut Datuk Radin, seminar itu diadakan untuk mendedahkan peserta dengan maklumat yang relevan serta menjadi input bermanfaat kepada pembentukan penjawat perkhidmatan awam yang cekap serta bermaklumat.

Ends/wani/aj/cov/ber/Rina
                                                       Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s