27/4/2015:Yayasan Nur Jauhar Serah Sumbangan Kepada 100 Pelajar

Seramai 100 pelajar kurang berkemampuan dari sepuluh buah sekolah terpilih di daerah Tawau menerima sumbangan berbentuk kelengkapan persekolahan serta wang tunai dari Yayasan Nur Jauhar.

Sumbangan disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri yang juga penaung yayasan berkenaan, Toh Puan Norlidah Tan Sri. R.M Jasni dalam sebuah majlis di Tawau. Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat. 

Dalam majlis sama, sumbangan seumpama juga disalurkan kepada 35 pelajar dari Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah  Kg. Pitas, Tawau.

Yayasan Nur Jauhar merupakan sebuah institusi kebajikan yang diasaskan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Haji Juhar Datuk Mahiruddin pada tahun 2012  dengan matlamat membangunkan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat yang memerlukan agar dapat menyumbang kepada arus pembangunan negara.

Ends/twu/cov/Rina

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s