05/05/2015:JKNS Terus Berusaha Bendung Penularan Kes Denggi

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi Unit Promosi Kesihatannya akan terus berusaha membendung penularan kes denggi di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Promosi Kesihatan JKNS, Abdul Razak Mohd. Noh ketika dihubungi RTM memberitahu, walaupun Ops Mega Denggi telah dihentikan bulan Mac lalu namun gerakan mengedarkan risalah berkaitan kesedaran dan pencegahan denggi kepada orang ramai terus dilakukan.

Katanya, bagi tempoh Januari hingga 3 Mei tahun ini, sejumlah seribu 220-kes denggi direkodkan di Sabah. Ini memerlukan pihak jabatan untuk menjalankan langkah promosi kesihatan mengenai pencegahan penyakit itu dengan lebih tumpuan di kawasan-kawasan hotspot dan kluster denggi yang telah dikenalpasti.

Beberapa siri ceramah kesihatan dan penerangan mengenai denggi juga turut diadakan di agensi-agensi kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah di seluruh negeri.

Hasil daripadanya beberapa Kumpulan Informasi Cegah Komuniti Dari Denggi atau `Kick Denggi’ yang bertindak sebagai ejen penyampai maklumat kesihatan berkaitan denggi, telah ditubuhkan.

Anuar                               (Sahira/tel)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s