05/05/2015:Kraftangan Tempatan Terkecuali GST

Kraftangan tempatan terkecuali daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST.

Dengan itu, orang ramai yang berminat untuk berkunjung ke Promosi Kraf Peringkat Negeri, tidak perlu risau tentang harga yang ditawarkan kerana ianya adalah pada kadar yang sama  seperti sebelum GST dilaksanakan.    

Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, Abdul Rahman Omar menegaskan demikian dalam satu temubual eksklusif bersama kru berita RTM di Kota Kinabalu, pagi tadi.

Mengenai promosi kraf yang diadakan selama 12-hari berakhir kelmarin, beliau berkata, sungguhpun sasaran promosi kali ini tidak mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan, namun beliau tetap optimis akan kejayaannya pada masa-masa akan datang,

Dianggarkan lebih 20-ribu orang telah berkunjung ke tapak promosi tersebut termasuk 6-ribu pengunjung dari luar negara.

Abdul Rahman juga mengumumkan, dalam program promosi kali ini, buat julung kalinya jualan produk kraf tekstil batik mengatasi jualan produk kraf aneka rimba, iaitu mencecah 150-ribu ringgit.

Promosi Kraf Peringkat Negeri seterusnya akan diadakan bermula 16-Mei ini serentak di Pusat Membeli-Belah Centre Point, Suria Mall dan Imago Mall.

Anuar                      (oli/ha/cvr)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s