05/05/2015:PDRM Dan JPJ Perlu Bertindak Lebih Tegas

Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disaran bertindak lebih tegas bagi mengurangkan kesesakan jalanraya yang sering berlaku di Jalan Tuaran berhampiran Jalan Bulatan Pekan Inanam.

Kapitan Cina Inanam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Inanam, Datuk Andrew Lim Cheng Eng berkata kesesakan itu berlaku disebabkan sikap pemandu  pengangkutan awam yang sering mengambil dan menurunkan penumpang sewenang-wenangnya berhampiran kawasan pekan.

Tegasnya kehadiran kereta-kereta sapu yang semakin banyak di kawasan pekan turut menyumbang kepada kesesakan jalanraya khususnya pada waktu puncak.

Beliau menyatakan demikian semasa mengetuai ahli jawatankuasa JKDB Pekan Inanam melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di IPD Kota Kinabalu.

Datuk Andrew turut menggesa agar satu pemeriksaan mengenai status kerakyatan para penjaja yang menjalankan perniagaan di kawasan Pasar Malam dan kawasan kaki lima di Pekan Inanam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Mohd Azhar Hamin memberi jaminan anggota polis trafik akan dikerah untuk mengatasi masalah kesesakan selain meningkatkan lagi rondaan di semua kawasan di Pekan Inanam.

Anuar                        ear/ay/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s