05/05/2015:Perkembangan Perbicaraan Kes Pencerobohan Lahad Datu

Perkembangan perbicaraan kes pencerobohan di Lahad Datu dua tahun lepas.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, diberitahu  produk pintasan komunikasi telah diklasifikasikan pada tahun 2013.

Saksi ke-95, Penyelaras Operasi E1M, Cawangan Khas Bukit Aman, ASP Wan Kamal Rizal Wan Daud memberitahu, beliau telah menghantar produk pintasan komunikasi itu untuk dikelaskan di bawah seksyen 2C, Akta Rahsia Rasmi pada tahun tersebut.

Bagaimanapun, beliau bersetuju produk pintasan ini dikelaskan semula pada tahun 2014, merujuk cop tertera ‘Diklasifikasi pada 2014’ pada dokumen tersebut. Ini kerana dokumen sebelum ini yang terdapat dalam simpanannya tertera ‘Dikelaskan Semula’.

ASP Wan Kamal menyatakan demikian dalam Pemeriksaan Balas Peguambela Datuk N.Sivanathan.

ASP Wan Kamal juga memberitahu, semasa Ops Sulu yang selepas itu dikenali sebagai Ops Daulat, beberapa pintasan komunikasi Datu Agbimuddin telah dikesan.

Hasil pintasan tersebut menunjukkan Datu Agbimuddin telah berhubung dengan Datu Amir Bahar, Tani Lahad Dani dan Basil Samiul.

Perbicaraan dilakukan di hadapan hakim Stephen Chung, berlangsung di Bangunan Jabatan Penjara Kota Kinabalu.

Anuar                   (Jane/RG/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s