13/05/2015:CUEPACS Mahu Kajian Elaun Penjawat Awam Dipercepat

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) mahu Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempercepatkan pelaksanaan kajian elaun-elaun perkhidmatan penjawat awam. 

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, cadangan untuk kajian semula itu telahpun disuarakan sejak 5 tahun lepas namun sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan. 
Beliau menyatakan demikian dalam sidang media Sempena Sambutan Hari pekerja CUEPACS Peringkat Negeri Sabah di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah. 
Datuk Azih turut menekankan lima aspek yang perlu diberi perhatian kerajaan mengenai perkhidmatan awam dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11). Ia merangkumi, kebajikan, kesihatan, perumahan, kajian elaun-elaun penjawat awam, dan capaian jalur lebar di kawasan luar bandar. 
Jelas beliau, kelima-lima aspek itu perlu diberi penekanan dalam RMK-11 memandangkan sektor awam merupakan tulang belakang kerajaan ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020. 
Hampir seribu kakitangan awam persekutuan di Sabah hadir dalam perhimpunan ini.
 
Anuar        (Rita/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s