13/05/2015:’Huminodun’ Dipentaskan Dari 10 Hingga 16 Mei Di JKKN

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang lagenda masyarakat Kadazandusun Murut “Huminodun” yang mengisahkan pengorbanan seorang gadis untuk menyelamatkan kaumnya daripada musibah, masih berpeluang untuk berbuat demikian melalui teater muzikal yang sedang berlangsung di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sabah, Kota Kinabalu.

 
Teater nukilan Erwan Azaly Bhat itu dipentaskan dari 10 hingga 16 Mei ini bermula 8 malam. Ia diadakan sempena perayaan Pesta Kaamatan. 
 
Teater yang berlangsung selama 3 jam dimulakan dengan cerita zaman kanak-kanak Huminodun dan Rangalau hingga dewasa dan dikorbankan bagi memulihkan sumpahan Permaisuri 
Illunisa. 
 
Malam tadi, teater tersebut  turut disaksikan Menteri Pelancongan kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
 
Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket di kaunter JKKN Sabah dengan harga 5 hingga 100 ringgit. 
 
Anuar                 (Rita/Fa/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s