13/05/2015:PERKIM Pandang Serius Penularan Fahaman IS

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) memandang serius penularan fahaman ekstremis dan militan IS dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Setiausaha Agung PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd Yusuf Noor berkata, sebagai sebuah badan yang mengawal gerakan dakwah, kebajikan dan pendidikan masyarakat Islam, PERKIM turut mengatur langkah dan aktiviti untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai ajaran Islam khususnya dalam kalangan masyarakat Mualaf.
 
Beliau menjelaskan perkara itu kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu.
 
Tan  Sri Yusuf berkata, PERKIM sebagai badan gabungan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sentiasa bekerjasama dalam usaha mengharmonikan masyarakat Islam di negeri ini memandangkan dunia Islam kini menghadapi pelbagai cabaran baharu.
 
Sementara itu, dalam kunjungan berasingan, Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2014 berjumlah 114-ribu 760-ringgit 25 sen kepada Pusat Zakat Sabah.
 
Dalam majlis itu, Timbalan Pengerusi PPS, Datuk Mohamad Jafry menyerahkan replika cek kepada Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ariffin Mohd Arif yang mewakili Pusat Zakat Sabah sambil disaksikan Yang Dipertua Negeri.

Anuar           (Sheryl/AY/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s