14/05/2015:Bentuk Pelapis Berwibawa

Sebanyak 14 kontinjen melibatkan 370-pelajar yang mewakili 55 buah sekolah menengah dari seluruh negara menjayakan Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) (PKBM) Peringkat Kebangsaan kali ke-19, bermula 10 hingga 14 Mei, di Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Staff Markas Wilayah Laut Dua, Kapten Mohd. Fadil Kamal Mohaldin, program seumpama itu selaras dengan usaha kerajaan membentuk pelapis yang berwibawa dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Ia juga merupakan antara misi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melahirkan golongan generasi muda yang dinamik dan berdisiplin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penutupan perkhemahan tersebut di Pangkalan TLDM, Sepanggar, Kota Kinabalu. Hadir sama Penolong Pengarah Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Kokurikulum Haji Mohd Rashid Mean.

Dalam majlis itu, Nurfaratunaimah Sinidol dari kontinjen Sabah, dianugerahkan Kadet Terbaik Wanita.

Ends/sjk/tony/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s