14/05/2015:PPN Sabah Pergiat Kempen Perangi ‘Orang Tengah’

Pertubuhan Peladang Negeri ((PPN) Sabah akan mempergiatkan lagi kempen penerangan dan kesedaran memerangi “orang tengah’ dalam kalangan ahli-ahlinya.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Nazri Abdullah berkata, PPN Sabah berharap, menerusi kempen itu tahap kesedaran golongan petani, penternak dan nelayan di negeri ini dalam memerangi orang tengah meningkat kepada 20 peratus berbanding 15 peratus ketika ini.

Usaha itu juga sebagai sokongan kempen “Jihad Memerangi orang Tengah’ yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Beliau ditemui pemberita RTM selepas meraikan kehadiran Rombongan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pekan, Pahang di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Pengerusi PPK Pekan, Pahang, Datuk Abd. Manaf Sulung berkata, kehadiran rombongan itu ke Sabah adalah bagi melaksana usahasama dengan sebuah syarikat di Sabah bagi membangunkan industri akuakultur di kawasan PPK itu. Selain itu, bertukar-tukar pengalaman dan berkongsi pengetahuan khususnya dalam penternakan burung walit.

 
Ends/Donny/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s