18/05/2015:38 Atlet Sabah Sertai Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia

Beralih kepada Berita Sukan.

Seramai 38 atlet Sabah akan dihantar ke Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 dan 14 Jun ini.

Menurut Presiden Persatuan Olahraga Masters Sabah, Aludin Jumaat, atlet berkenaan telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan berdasarkan prestasi mereka dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Sabah Masters 2015 yang berakhir kelmarin. Kejohanan itu mempertandingkan 10 kategori yang terbuka kepada atlet berumur 35 hingga 84 tahun.

Katanya, pasukan Sabah menyasarkan 35 pingat emas, 15 perak dan 20 gangsa bagi kejohanan di Bukit Jalil yang bakal membariskan atlet-atlet dari dalam dan luar negara.

Aluddin menyatakan demikian kepada pemberita RTM ketika dihubungi di Kota Kinabalu.

Tambah beliau, tahun lalu, daripada 30 atlet yang mewakili negara ke Kejohanan Olahraga Asia di Kitakami, Jepun, 18 daripadanya adalah  atlet Sabah yang telah berjaya membawa pulang 3 emas, 1 perak dan 5 gangsa.

Ends/ida/WN/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s