18/05/2015:Media Berperanan Penting Dalam Bantu Martabatkan Bahasa Dan Sastera Melayu

Media berperanan penting membantu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan bahasa dan sastera melayu di negara ini. 

Pengarah DBP, Hajah Asmiah Ajamain berkata, pihak media dapat memainkan peranannya melalui penulisan yang menjurus kepada pembudayaan penggunaan bahasa termasuk istilah baharu yang betul dalam hasil kerja masing-masing.

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan masyarakat.

Hajah Asmiah berucap demikian sempena Majlis Bersama Media anjuran DBP di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan, satu sesi soal jawab bersama Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Mohd Anwar Ridhwan bersama para guru diadakan di DBP Cawangan Sabah, Kota Kinabalu selama dua hari, bermula hari ini. Ini bagi membincangkan buku teks Komsas tulisan Dato’ Dr. Anwar yang bertajuk “Naratif Ogonshoto” yang digunakan pelajar tingkatan 4 dan 5 bermula tahun ini.

Ends/Rita/JG/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s