18/05/2015:Penduduk Dinasihati Tidak Panik

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Mohd Edris memberitahu,  penduduk  tidak perlu panik susulan kejadian penculikan Khamis lepas kerana pasukan keselamatan telah meningkatkan kawalan keselamatan.

Katanya, apa yang penting adalah masyarakat yang tinggal di kawasan pesisir pantai khususnya Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu sentiasa peka terhadap apa yang berlaku di kawasan masing-masing.

Datuk Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyatakan demikian di Sandakan. Pemimpin masyarakat turut diingatkan agar tidak melindungi sebarang kegiatan jenayah atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurutnya, kerajaan tidak akan berkompromi jika mereka dikesan melindungi sebarang kegiatan jenayah atau PATI memandangkan perbuatan itu menggugat keamanan dan ketenteraman awam. Tindakan tegas akan dikenakan termasuk  melucutkan jawatan mereka yang terlibat dan  seterusnya didakwa di mahkamah.

Ends/ber/rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s