18/05/2015:Perkembangan Kes Pencerobohan Lahad Datu

Perkembangan kes pencerobohan Lahad Datu dua tahun lepas. Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, seorang pegawai Cawangan Khas (SB) Bukit Aman diarah supaya membuat salinan dokumen pintasan komunikasi terhadap suspek pencerobohan Lahad Datu. 

Saksi, Superintenden Norliah Salamat berkata, beliau diarah menaip semula kandungan semua dokumen perbualan telefon yang dipintas membabitkan 10 suspek yang dijalankan unit teknikal SB.

Tugasan itu diserahkan kepada beliau pada 26 April 2013 oleh pegawai bertugas unit E2B SB ketika itu, SAC Yusoff Mohd Amin.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, saksi berkata, hanya beliau sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas membuat salinan berkenaan disebabkan tahap kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam dokumen tersebut.

Saksi memberitahu, beliau mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan tugasan itu dan menyimpan salinan dokumen yang ditaipnya bersama-sama dokumen asal di dalam kabinet keluli berkunci di pejabatnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.

Ends/esna/ber/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s