18/05/2015:Upah Kakitangan Yang Berkelayakan

Pemilik taska dan rumah asuhan diminta untuk mengupah kakitangan yang berkelayakan dan berkemahiran dalam bidang penjagaan serta asuhan dan bukannya mengambil mereka yang tidak berkemampuan semata-mata untuk mengurangkan kos perbelanjaan. 

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, pemilik juga harus memastikan pusat jagaan mereka mematuhi peraturan dan piawaian ditetapkan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media sempena Seminar Kesedaran Tentang Keselamatan di Pusat Jagaan Kanak-kanak di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Datuk Jainab turut menyarankan para ibu bapa untuk memastikan anak-anak memiliki polisi insurans untuk melindungi keselamatan dan kesihatan mereka.

Katanya, kementeriannya dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)sentiasa komited dalam menyemai kesedaran orang ramai termasuk mengadakan seminar bagi mengurangkan kadar kemalangan di taska dan rumah asuhan kanak-kanak.

Ketika ini, terdapat 115 buah taska dan rumah asuhan kanak-kanak di Sabah.

 
Ends/Shon/AG/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s