19/05/2015:Penubuhan Koperasi Sekolah Bukan Untuk Meraih Keuntungan

Penubuhan koperasi sekolah bukan hanya untuk meraih keuntungan semata-mata tetapi untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas pengurusan perniagaan kepada golongan pelajar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, pewujudannya juga bertujuan memupuk minat dan menggembleng semangat keusahawanan seperti pengendalian operasi niaga harian, mengemaskini buku kira-kira dan merancang aliran wang tunai.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di Putatan. Teks ucapan dibacakan Setiausaha Politiknya, Asnah Tahlil. Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Umar Sarim Saidin yang merasmikan koperasi Coop Mart di sekolah berkenaan.

Pada majlis itu, Asnah Tahlil juga  merasmikan 2 projek Keusahawanan Koperasi SMK Tansau iaitu TANSNOW Car Wash dan tempat letak kereta Semesta. 

Sebanyak 27 buah gerai dibuka sempena Hari Koperasi tersebut yang diusahakan pelajar serta peniaga luar.

 
Ends/Shon/Tam/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s