19/05/2015:Saksi Ke-98 Buat Pengecaman Bahan Bukti

Perbicaraan kes pencerobohan Lahad Datu, dua-tahun lalu bersambung semula di hadapan Hakim Stephen Chung.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menyaksikan seorang pegawai Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, membuat pengecaman terhadap tujuh salinan dokumen produk pintasan komunikasi kes berkenaan.

Saksi ke-98, Superintendan Norliah Salamat ketika pengecaman bahan bukti tersebut telah mengesan beberapa kesilapan termasuk ejaan dalam dokumen berkenaan.

Saksi telah diminta memeriksa semula setiap butiran dalam salinan dokumen yang telah ditaipnya dengan salinan asal bagi mengesan sebarang perbezaan termasuk tarikh, masa, nama yang terlibat dan isi kandungan perbualan. 

Terdahulu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, saksi memberitahu, hanya beliau seorang diamanahkan untuk melakukan salinan Dokumen Produk Pintasan Komunikasi suspek ditahan kerana ia adalah dokumen diklasifikasi sebagai ‘Rahsia Besar’.

Perbicaraan dilakukan di Jabatan Penjara Sabah.


Ends/oli/wn/Rina 
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s