19/05/2015:Tiga Perwira Negara Dianugerahkan Darjah Kebesaran

Tiga perwira negara yang terkorban semasa Pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna dua tahun lepas, merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran semasa Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Sabah daripada Yang DiPertua Negeri Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu. 

DSP Michael Anak Padel dianugerahkan  Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K), manakala Sarjan Sabaruddin Daud dan Koperal Mohd Azrul Tukiran dianugerahkan Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) yang diwakili Isteri masing-masing. 

Mendahului senarai penerima, Naib Pengerusi MCA Sabah Datuk Pang Kin Khon yang menerima Pingat  Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk. 

Turut tersenarai, Dato’ Haji Jailani Ngah dan Arthur Joseph Kurup yang menerima pingat Jaksa Pendamai (JP). Dua kakitangan Jabatan Penyiaran (RTM) juga tersenarai iaitu Aris Arapa dan Ellie Kathil, masing-masing menerima anugerah Bintang Setia Kinabalu (B.S.K) dan Bintang Kinabalu (B.K).

Tun Juhar turut menyampaikan anugerah BSK kepada 45 orang, BK kepada 46 orang dan Sijil Kehormat (SK) kepada 12 penerima. Turut hadir menyaksikan majlis berkenaan, Toh Puan  Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.  

 
Ends/Rita/Aj/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s