19/05/2015:UMS Memeterai MOU Dengan Akauntan Bertauliah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mengorak langkah bagi meningkatkan kualiti para graduannya agar memenuhi permintaan pasaran pekerjaan. 

Terbaharu, UMS memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Akauntan Bertauliah, P.S Yap, Isma and Associates bagi meningkatkan lagi ilmu perniagaan, ekonomi dan perakaunan dalam kalangan graduannya.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan Dato’ Yap Pian Seen mewakili P.S Yap, Isma and Associates  dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah mewakili UMS.

Terdahulu dalam ucapannya, Profesor Datuk Dr. Mohd. Harun berkata, menerusi MoU berkenaan, firma perakaunan bertauliah itu akan turut menempatkan pejabat dalam kampus bagi memudahkan para graduan menjalani latihan amali kemahiran perakaunan.

Para pensyarah juga mendapat manfaat menerusi kerjasama erat dengan firma perakaunan itu menerusi penempatan latihan industri jangka pendek tanpa menjejaskan aktiviti pengajaran mereka. Ini selaras dengan syor Institut Akauntan Malaysia (M.I.A) bahawa para pensyarah yang tidak mempunyai pengalaman industri perlu menjalani latihan berkenaan sekurang-kurangnya setahun.

Beliau berharap kerjasama itu akan dicontohi fakulti lain mahupun institusi pengajian tinggi lain.

 
Ends/Donny/MFJA/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s