20/05/2015:Pesta Damas Tonjol Budaya Dan Tradisi Bangsa Sungai

Buat pertama kalinya, “Pesta Damas” yang menonjolkan budaya dan tradisi bangsa Sungai akan diadakan pada 5 dan 6 September depan.

Menurut Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS), Datuk Haji Wahid Norbinsha, pesta anjuran persatuannya itu turut mendapat kerjasama Lembaga Kebudayaan Sabah. Bagaimanapun katanya, venu pesta belum dimuktamadkan.

Datuk Wahid menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengetuai rombongan Majlis Tertinggi (SABAS) sesi 2015-2017 melakukan kunjungan hormat terhadap Yang DiPertua Negeri, Tun Haji Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Kunjungan itu bertujuan menjemput Tun Juhar merasmikan Pesta Damas selain memaklumkan mengenai aktiviti serta perancangan SABAS untuk menonjolkan budaya bangsa Sungai dengan lebih aktif di negeri ini. 

Dalam pada itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan daripada Bishop baharu bagi Diasis Anglikan Sabah, Bishop Melter Jiki Tais serta rombongan.

Bishop Melter yang ditemui selepas kunjungan berkenaan, memberitahu, pihaknya akan terus memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan keharmonian dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dan agama negeri ini.

(Rina/Ag/Cov/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s