21/05/2015:KBS akan Wujud Program Khidmat Bakti Untuk Belia

Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan mewujudkan satu program khidmat bakti berkonsepkan kesukarelawan seperti Rally International untuk golongan belia di negeri ini.

Menterinya Datuk Tawfiq Haji Abu Bakar Titingan berkata program yang akan dilaksanakan bermula tahun depan itu akan melaksanakan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat seperti membina kemudahan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau bercakap demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sabah Ke Festival Belia Putrajaya Sempena Hari Belia Negara 2015 di Kota Kinabalu.

Datuk Tawfiq berkata program itu nanti mampu memupuk nilai perpaduan yang tinggi tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

Bagi menjalankan program itu, pihaknya akan mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat korporat dan swasata dari segi bahan-bahan mentah untuk melaksanakan aktiviti.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Datuk Tawfiq berharap mereka yang menyertai program Festival Belia itu menjaga disiplin dan memanfaatkan sepenuhnya aktivtiti yang disertai.

Seramai 306 orang terdiri golongan belia seluruh sabah menyertai Festival Belia 2015 di Putrajaya bermula hari ini dan berakhir pada 25 Mei ini.

(ear/fa/cov/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s