21/05/2015:Pastikan Fail Dan Rekod Diselenggara Mengikut Prosedur

Tugasan memastikan fail dan rekod diselenggara mengikut prosedur dan peraturan yang digunapakai oleh sesebuah pertubuhan adalah amat penting.

Ini selaras dengan tanggungjawab dalam memantau, merancang dan melaksana program pelupusan rekod dan fail secara berkala.

Selari dengan keperluan itu, fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) julung kalinya telah mengadakan aktiviti pelupusan fail dan rekod bertempat di Innovatary Furniture Sdn. Bhd., Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) baru-baru ini.

Pelupusan fail dengan kaedah bakar menggunakan boiler itu dilihat lebih efisien dan ekonomi kerana ia bersifat tertutup dan boleh mengurangkan pencemaran udara malah pembakaran yang dihasilkan dapat menghasilkan haba.

Perkara tersebut dinyatakan dekan FSSA, Profesor Dr. Baba Musta dalam satu kenyataan hari ini.

Secara keseluruhan, sebanyak 351 buah fail umum fakulti yang telah mencapai tempoh simpanan yang telah ditetapkan dalam Jadual Pelupusan Rekod, Arkib Negara telah dilupuskan.

(ums/ST/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s