21/05/2015:RTM Kekal Tradisi Menyambut Hari RTM Setiap Tahun

Hasil kerjasama dan usaha keras serta tidak putus asa setiap warganya membuatkan RTM terus relevan pada mata penonton dan pendengarnya hingga ke saat ini.

Sebagai penghargaan terhadap perkara tersebut, RTM mengekalkan tradisi menyambut hari kewujudannya, dan PAGI TADI  Sambutan Hari RTM ke-69 peringkat RTM Sabah telah diadakan.

Acara berlangsung di Lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Ketua Penolong Pengarah Rancangan TV RTM Sabah, Malinaziah Datu Julaspi ketika ditemui wartawan RTM berkata, antara pengisian untuk sambutan kali ini termasuklah pertandingan bakat setiap unit, pertandingan Selfie dan Wefie, siaran langsung Ekspresi Kombo RTM serta Cabutan Tiket Bertuah.

Katanya, sebagai sebahagian daripada sambutan itu juga, pada 28 Mei nanti, RTM bersama-sama Pertubuhan Nadi Sihat akan mengadakan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia dari Puncak Gunung Kinabalu.

Acara itu melibatkan beberapa pendaki daripada pelbagai kaum dan juga peringkat umur.

(wani/tam/cov/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s