21/05/2015:Selesai Permasalahan Rakyat Di Kawasan Masing-Masing

Para pemimpin masyarakat memikul amanah dan tanggungjawab untuk memastikan keselesaan dan kemudahan penduduk, dan jika ini diabaikan sudah pasti masyarakat berasa terpinggir seolah-olah tidak mendapat perhatian kerajaan.

Untuk itu, para pemimpin berkenaan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung serta Ketua Kampung, disaran menggunakan pendekatan turun padang bagi mengenal pasti dan menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing dengan lebih berkesan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, kerajaan mahu membawa pembangunan yang seimbang dan lestari kepada setiap penduduk, dengan itu adalah penting bagi mereka mengambil tahu tentang projek bermasalah di kawasan masing-masing untuk diambil penyelesaian segera. 

Beliau berkata demikian selepas meninjau jalan raya Kampung Bakau, Tanjong Batu Darat, Tawau  yang siap diselenggarakan kelmarin.

Datuk Hamisa bagaimanapun mengakui untuk memastikan keberkesanannya, pendekatan seumpama itu amat memerlukan kesedaran dan kerjasama penduduk setempat.


(LizaDin/Email/Anuar)
Sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s